Konsert AF Minggu ketiga
18/6/05 - Konsert minggu ketiga
Konsert Akademi Fantasia musim ketiga minggu ketiga ini bermula
tepat jam 8.30pm. Sorakan dan pekikan penonton bergema segenap Stadium
Melawati. Aznil mula memperkenalkan 13 pelajar AF3. Mawi mendapat
kedudukan persembahan kedua terakhir. Ketika dia memperkenalkan
dirinya, seperti biasa sorakan peminat mula bergema. Namun nampaknya
dia dapat mengatasi perasaan "gerun" pada gelombang tsuMAWI tersebut
dan bertutur seperti biasa. Peratusan awal menunjukkan Mawi berada
ditempat yang pertama dengan 24%.
Setelah puas menonton pelajar-pelajar lain membuat persembahan,
giliran Mawi telah tiba. Seperti biasa belum sempat Aznil mengumumkan
nama Mawi, peminat telah bersorak. Ketika nama Mawi dipanggil kelihatan
dia steady je. Tak "over" macam minggu lepas. Aznil sempat berbual
sedikit bersama Mawi. Antara isi bualan mereka mengenai perkataan
"World" yg kini menjadi tagline untuk Mawi. Mawi mengatakan dia dapat
perkataan tu dari Brother Azman <— Azman ke? Aku lupa plak…
hahahahah… Brother tu kata kalau Mawi masuk dalam AF nanti dan nak
buat apa-apa pun mestilah "World" (Aku buat istilah sendiri ye….
perkataan "World" tu bermaksud "terbaik"… yelah, penat dari AF1
sampai AF3 bebudak cakap dorang akan buat "yang terbaikkkkk" so, this
time Mawi tukar plak jadi "World"…. ok tak kesimpulan aku tu?).
Setelah itu Aznil turut mengatakan yang Mawi ni tak pandai menari jadi
dia akan memberi sokongan terhadap Mawi dengan mengikut gaya Mawi
menari (we all know yang Mawi ni menari keras kan). Aznil turut
mengatakan jika dahulu Aidil punya tarian dinamakan tarian "poyo" kini
bila Mawi masuk tarian "poyo" tu dah tak boleh pakai lagi kerana tarian
"rempit" dah masuk.
Mawi mengambil tempat ditengah pentas untuk memulakan persembahan
beliau. Bersama Felix dan Kefli, Mawi membelakangi penonton ketika
intro lagu Gadis Melayu mula berkumandang. Tepukan gemuruh dari
penonton. Mawi memulakan baris pertama lagu tersebut. Jelas nampak
penonton turut menggoyangkan kepala mereka dan mula menyanyi bersama.
Aku pun terkejut gak bila rata-rata penonton hafal lagu Gadis Melayu ni
(eleh… aku bila dapat tau Mawi nyanyi lagu ni aku trus download lagu,
siap cuba menghafal lirik gak…. hahahha). Amy, Amylea dan Akma
menjadi penari untuk lagu ini. Amy Mawi tepis, Amylea pun Mawi
tepis…. akhirnya Mawi pilih Akma. Ramai yang ketawa ketika aksi tepis
menepis dan muka Mawi ketika pandang Akma. Nampak muka gatal pun ada
juga.
Kawalan suara Mawi nampaknya teratur. Lagu ni tak memerlukan beliau
menarik atau meneran suara ala rock seperti minggu lepas . Lagu ini
lebih rileks. Namun begitu disebabkan lagu ini mempunyai beat yang agak
laju, aku takut Mawi tertinggal atau tersalah masuk. Sebab hint untuk
memasukkan lirik tu agak payah untuk dikesan. Penyanyi kena ada fokus
yang kuat baru boleh masukkan lirik dalam melodi lagi ni.
Alhamdullilah….. Mawi berjaya menyanyikan lagu ini tanpa sebarang
kesilapan teknikal.
Setelah habis Mawi menyanyikan lagu ini, penonton (kebanyakkannya
peminat Mawi la… macam korang tak tau kan) menjerit dan bersorak
kegirangan. Siap ada yang bagi standing ovation. Bagi aku itu perkara
biasa. Aku jamin peminat Mawi yang kat sana tu semua berdebar-debar
jika Mawi buat silap. Tapi nampaknya Mawi tak menghampakan mereka. Tu
lah yang membuatkan mereka bangga/gembira sekali gus berdiri seperti
ingin memberitahu Mawi yang mereka berbangga dengan beliau (aku kat
umah pun siap sakit tekak menjerit masa Mawi abih buat persembahan….
heheheh….). Sorakan penonton ini membuatkan Aznil tak dapat bercakap.
Namun begitu dia sempat gak tanya Mawi tentang gadis impian dia (orang
bersorak lagi time ni) Mawi kata yang penting wanita itu mesti
bertudung (orang sorak tambah kuat) yang kedua sporting dan memahami
diri dia dan yang terakhir mesti pandai mengurut (time ni orang
gelak/bersorak bukan main kuat… ) Aznil pun tak dapat tahan lagi
ketawa… Sambil Aznil ketawa dia suruh Kudsia bagi komen. Kudsia tak
leh bagi komen sebab dia masih ketawa lagi. Lama plak tu… tengok
Kudsia ketawa pun aku nak ketawa gak. Kemain lagi minah ni ketawa.
Komen-komen pengkritik nyata positif. Afdlin pula kata Mawi harus
mempertingkatkan vokal beliau kerana bagi dia persembahan Mawi ni biasa
aja. Masa tu penonton bersorak ala boo. Tapi bagi aku bagus jugak
Afdlin cakap macam tu supaya Mawi tak terjebak lagi macam insiden
minggu lepas (If ya know what I mean).
Dah habis konsert, kesemua pelajar mula ambil tempat untuk menari
lagu Menuju Puncak. Nampak gayanya Mawi telah menguasai tarian MP
dengan begitu baik lagi. Walaupun keras namun nampak perbezaan ketara.
Mawi boleh fokus setiap step tarian MP. Satu pencapaian yang aku kira
amat membanggakan.
Proses penyingkiran menyaksikan Fuad yang terpaksa menarik beg
beliau keluar dari AF. Ketika rakan-rakan yang lain berpelukan dan
emosi sedih menguasai pentas Mawi berdiri dibelakang tenang dan
kelihatan agak ralat. Fuad bersalaman (siap cium tangan) dan memeluk
Mawi. Mawi memberikan sepatah dua kata buat Fuad iaitu "Lu keluar, Lu
tetap ‘World’" . Ketika adengan Fuad bersalaman dengan Mawi, aku
seolah-olah nampak Fuad sedang bersalaman dengan tenaga pengajar!. Mana
tak nya, Fuad salam orang lain macam biasa jek, tapi ngan Mawi siap
cium tangan tu… Mawi lak siap gosok kepla Fuad. Tu pasal nampak macam
pelajar sedang bersalam dengan tenaga pengajar. Secara peribadi Fuad
bukan calon pelajar kegemaran aku tapi aku terpaksa akui Fuad ni memang
mempunyai suara yang bagus. Namun inilah realiti AF, undian penonton
adalah asas kejayaan/kemenangan para pelajar. Untuk Fuad, aku doakan
semoga perjuangan beliau tidak tamat disini sahaja. Semoga Fuad terus
berjaya di luar sana. Cabaran di luar lebih kuat. Jika Fuad terjatuh,
pandai-pandailah bangun sendiri. Semoga berjaya Fuad!
AFUNDI MAWI 
(Source: http://mawi-af3.blogdrive.com/)